selambar testing jangan mara. apa apa lah
chaku
Wednesday, June 1, 2016
5 TIPS ELAKKAN "PAVEMENT TANGO"
Anda pasti pernah mengalami situasi di mana anda bertembung haluan dengan pejalan kaki dari arah bertentangan sewaktu berjalan di kaki lima. Kemudian apabila anda mengelak ke sisi, pejalan itu pun mengelak ke sisi yang sama. Sesi elak-mengelak ini berulang beberapa kali sehingga akhirnya salah seorang bertindak memberi laluan.
Situasi janggal ini, dalam bahasa pasar digelar “pavement tango” kerana ia kelihatan seperti dua individu sedang menari tango di susur pejalan kaki. Walaupun situasi ini berlaku dalam beberapa detik, ia sudah cukup untuk menimbulkan rasa segan dan memalukan.
Di sini saya kongsi cara-cara mengelak “pavement tango”:
1. Pandang ke arah tujuan anda.
Apabila anda menumpukan pandangan pada halatuju anda, pejalan kaki dari arah bertentangan akan dapat membaca arah atau haluan yang akan anda ambil. Jangan terlalu fokus hingga lupa nak lihat haluan pejalan kaki bertentangan pula.

2. Berjalan di sebelah kiri.
Memandangkan negara kita gunakan peraturan memandu di sebelah kiri, maka agak intuitif untuk kita gunakan peraturan yang sama semasa berjalan. Sentiasa berjalan di sebelah kiri, kecuali ingin memintas pejalan kaki hadapan yang lambat.

3. Sentiasa mengelak ke kiri.
Apabila bertembung haluan dengan pejalan kaki dari arah bertentangan, mengelaklah ke kiri. Ini dapat mengelakkan “pavement tango”

4. Jauhi bucu dinding di persimpangan.
Sekiranya anda berjalan menyusuri dinding, jauhi dinding tersebut apabila menghampiri hujungnya. Ini dapat mengelakkan anda daripada bertembung dengan pejalan kaki dari yang melintas keluar daripada hujung dinding tersebut.

5. Sisihkan sebentar telefon pintar.
Semasa berjalan, jangan gunakan telefon pintar untuk menaip teks. Berjalan dengan mata yang tak lekang daripada memandang skrin telefon, memanglah akan terlanggar orang lain. Itu pun nak kena ajar ke?

Bagi memastikan tips ini lebih berkesan, anda haruslah kongsikan ia dengan semua orang. Ia lebih mampan jika semua pejalan kaki mengetahui helah ini!
Jadi tunggu apa lagi? Tekan butang share! Kecuali kalau anda memang sengaja nak pavement tango dengan harapan bertemu jodoh.
Sumber gambar: nymag.com
Subscribe to:
Posts (Atom)